Topic followed successfully
Go to BHkuSekilas
Pemandu teksi, kereta sewa privet boleh terima $750 sebulan
PARA pemandu teksi dan kereta sewa privet boleh menerima $750 bagi setiap kenderaan setiap bulan, naik daripada $450, bermula 16 Mei hingga 30 Jun.
Ini sebahagian daripada peningkatan pembayaran Dana Bantuan Pemandu Covid-19 kepada pemandu teksi dan kereta sewa privet yang diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 21 Mei lalu. Bantuan itu diberikan memandangkan jangkaan penurunan bilangan penumpang dek langkah-langkah Sokongan Bagi Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).
Selain itu, sokongan bagi sektor pengangkutan juga akan diberikan kepada peruncit di terminal-terminal Lapangan Terbang Changi.
Pada 24 Mei, Changi Airport Group mengumumkan bahawa para peruncit tidak perlu membayar yuran sewa sepanjang penutupan antara 13 Mei dengan 13 Jun 2021.
Penangguhan bayar balik pinjaman bagi pelajar dipanjangkan
UNTUK mengurangkan kesan wabak Covid-19 kepada graduan, Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperpanjang penangguhan pembayaran balik pinjaman dan caj faedah selama empat bulan lagi hingga akhir September ini.
Ini termasuk pembayaran balik dan faedah untuk pinjaman yuran pengajian, pinjaman pengajian dan pinjaman Program Pelajar Luar Negara.
Sebelum ini MOE telah menangguhkan pembayaran balik dan caj faedah untuk pinjaman yuran pengajian, pinjaman pengajian dan Pinjaman Program Pelajar Luar Negara bagi lulusan semua universiti berautonomi dan politeknik selama setahun dari 1 Jun hingga 31 Mei 2021.


