Topik diikuti
Pergi ke BHkuSekilas Bahas Jawatankuasa Perbekalan PMO

Sekilas Bahas Jawatankuasa Perbekalan PMO
Sekretariat Perubahan Iklim Kebangsaan
– Terus memantau risiko iklim dan mengemas kini pelan penyesuaiannya secara berkala berdasarkan sains terkini dengan kerjasama rakan kongsi.
– Melaksanakan langkah-langkah mitigasi yang komprehensif, seperti memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tenaga suria.
Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD)
– Terus menyokong rakyat Singapura dalam memulakan dan membesarkan keluarga.
– Mengurangkan kesan kadar kelahiran rendah dan trend penuaan penduduk melalui kadar imigresen yang terukur dan stabil.
– Ekonomi yang kukuh adalah penting untuk memastikan bahawa rakyat Singapura akan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik serta akses kepada perkhidmatan untuk mutu hidup yang tinggi.
Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD)
– Menyusun semula perkhidmatannya menjadi lebih berpaksikan misi dan rakyat.
– Membangunkan pegawai awam dalam memperoleh kemahiran baru dan meluaskan perspektif mereka melalui pendedahan di luar perkhidmatan awam.
– Memperluaskan pelibatan dan perkongsian pada peringkat agensi dan individu dengan rakyat dan sektor swasta.