MAJORITI pekerja asing yang menetap di dormitori di Singapura dijangka bebas virus sebelum hujung bulan Julai, dan dibenar pulang untuk bekerja.
Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di satu sidang akhbar maya pada Khamis (25 Jun).
"Pada akhir bulan depan, kami menjangkakan sekitar 70 hingga 80 peratus pekerja yang tinggal di asrama akan bebas (Covid-19). Ini bermakna mereka telah sama ada pulih atau diuji bebas daripada virus," katanya.
Beliau menambah pihak berkuasa berharap dapat menguji dan membebaskan baki 20 peratus pekerja daripada koronavirus pada Ogos, lapor The Straits Times.
Setakat ini, sekitar 120,000 pekerja sama ada telah diuji negatif virus atau sudah sembuh.
Seramai 320,000 pekerja tinggal di dormitori di sini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg