SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Semakan bagi kumpulan boleh terima vaksinasi

Semakan bagi kumpulan boleh terima vaksinasi

Jun 1, 2021 | 5:30 AM

Semakan bagi kumpulan boleh terima vaksinasi

6338ce62-76e4-4ac4-a67c-55884816fae5
-

JAWATANKUASA Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 (EC19V) telah menyemak garis panduan bagi kumpulan individu berikut:

WANITA HAMIL

Boleh mendaftar dan menempah vaksinasi dari 4 Jun 2021, jika mereka layak berbuat demikian.

Namun mereka harus berbincang dengan doktor sebelum berbuat demikian.

Menurut EC19V, data sedunia bagi wanita mengandung yang menjalani vaksinasi - masih merangkumi kumpulan kecil - tidak menunjukkan vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna membahayakan si ibu atau bayi dalam kandungan.

WANITA YANG SEDANG MENYUSU BAYI

Boleh mendapatkan vaksinasi Pfizer-BioNTech atau Moderna.

PESAKIT BARAH YANG SEDANG JALANI RAWATAN

Boleh menjalani vaksinasi tetapi perlu melakukan sedemikian di hospital dan selepas keadaan mereka dinilai oleh pakar yang sedang merawat mereka.

EC19V berkata tiada bukti tentang isyarat keselamatan atau kadar kesan buruk yang berlaku bagi kumpulan ini dalam kalangan yang mengambil vaksin berasas mRNA.

Ia sedang memperhalusi garis panduan bagi vaksinasi untuk pesakit barah.

MEREKA YANG PUNYA SEJARAH REAKSI TERUK KULIT YANG BERBAHAYA (SCAR)

Ia kini dianggap selamat menerima vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna.

EC19V juga sedang meneliti data keselamatan berhubung mereka yang berisiko mendapat reaksi alahan teruk, atau anafilaksis, untuk membenarkan lebih ramai orang daripada kumpulan itu menjalani vaksinasi.

Jawatankuasa akan melengkapkan semakan dan memberikan panduan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg