SAMA ada berkunjung ke kem tentera yang jauh dari jalan raya utama ataupun ke tempat menarik bagi merakam gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke dalam Instagram, orang ramai kini boleh pergi ke tempat itu dengan mudah dan cepat melalui Laluan Downtown (DTL).

Laluan MRT terkini dalam rangkaian sistem kereta api Singapura itu menghubungkan penumpang dari Bukit Panjang ke bandar dalam masa yang singkat, dengan merentasi kawasan Bukit Timah.