SEHINGGA 1.15 petang tadi (Isnin, 27 Julai), tempahan kesemua 8,790 ruang solat bagi Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini sudah terisi. Ini hanya sekitar 15 minit selepas pendaftaran dibuka pada 1 petang menerusi aplikasi MuslimSG.
Menjelaskan demikian di laman Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berkata pihaknya kini sedang dalam proses mengirimkan e-mel pengesahan bagi tempahan ruang yang berjaya.
"Kami berharap anda yang diterima tempahannya tetapi belum mendapat sebarang e-mel pengesahan dapat bersabar. Anda juga boleh mengesahkan status tempahan anda menerusi pautan https://ourmosques. commonspaces.sg/check-booking- confirmation," jelas jurucakap Muis lagi.
Pejabat Mufti menasihati mereka yang tidak berjaya menempah ruang agar mendirikan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga. Mereka juga boleh mendengar khutbah secara langsung menerusi SalamSG TV atau di radio.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg