MULAI Isnin (15 Jun), semua jenis kerja ubah suai, termasuk kerja ubah suai baru dan yang sebelum ini digantung untuk premis bukan kediaman, akan dibenarkan mengemukakan permohonan untuk memulakan kerja, kata Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Sabtu. Kebenaran bagi penyambungan semula bergantung kepada adanya tenaga kerja dan bekalan syarikat. Sekiranya syarikat menggajikan pemegang permit kerja dan Pas S pembinaan, dan jika pekerja ini tidak disenaraikan dalam permohonan yang diluluskan sebelumnya untuk memulakan semula kerja pengubahsuaian kediaman yang digantung, syarikat juga harus mengemukakan permohonan kepada BCA. Sebelum ini, hanya projek pembinaan yang telah digantung dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan boleh memohon untuk memulakan semula kerja. Lebih 19,000 projek ubah suai rumah yang digantung telah menerima kebenaran untuk disambung semula sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun. BCA juga telah meluluskan lebih 300 projek pembinaan untuk meneruskan kerja. Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan firma pembinaan berhubung 250 projek lain untuk membantu mereka memenuhi syarat yang diperlukan agar projek mereka dapat disambung semula dengan selamat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg