SEMUA pekerja asing yang tinggal di asrama mesti memuat turun dan mengaktifkan aplikasi TraceTogether selewat-lewatnya 19 Jun 2020, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (16 Jun).
Keperluan ini juga dikenakan bagi pemegang permit kerja dan S-Pass di sektor pembinaan, marin dan proses.
MOM mengatakan dalam nasihatnya bahawa ia memberikan "peringatan terakhir" kepada majikan, setelah pertama kali mengumumkan syarat tersebut pada 27 Mei.
Tarikh akhir bagi pekerja mendaftar di TraceTogether menggunakan Nombor Pengenalan Asing (FIN) dan nombor siri kad pas kerja adalah 5 petang pada 19 Jun.
Mulai 20 Jun, pendaftaran di TraceTogether akan menjadi salah satu kriteria yang harus dipenuhi oleh pekerja di satu lagi aplikasi, SGWorkPass, untuk dibenarkan meninggalkan asrama mereka dan pergi bekerja. - The Straits Times


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg