Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua pelajar sekolah menengah dapat komputer riba atau tablet jelang 2021: SM Tharman

Jun 17, 2020 | 9:57 PM
Semua pelajar sekolah menengah akan mendapat komputer riba atau tablet bagi pembelajaran tahun depan. - Foto JASON QUAH
Semua pelajar sekolah menengah akan mendapat komputer riba atau tablet bagi pembelajaran tahun depan. - Foto JASON QUAH -

SEMUA pelajar sekolah menengah akan mendapat komputer riba atau tablet bagi pembelajaran tahun depan, tujuh tahun lebih awal dari sasaran sebelumnya.

Langkah Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mempercepat rancangan itu antara cara pemerintah, sekolah dan masyarakat bekerjasama terus menghidupkan mobiliti sosial dan memastikan setiap individu diberi peluang untuk berjaya tanpa mengira titik permulaan mereka.

Demikian menurut Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dalam ucapannya yang disiarkan hari ini (17 Jun).

"Beberapa generasi kanak-kanak yang membesar dalam keluarga bukan mewah telah menjadi semakin berjaya disebabkan pendidikan dan bekerja keras dalam tugas serta perniagaan masing-masing.

"Malah hari ini, warga Singapura yang membesar dalam keluarga berpendapatan rendah mempunyai peluang lebih baik mendaki tangga pendapatan berbanding di banyak negara maju lain," katanya.

Beliau menambah bahawa pemerintah dan rakan kerjanya telah berusaha mewujudkan peluang saksama bagi warga Singapura dengan melabur dalam pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah.

Selain itu, sumber tambahan juga diperuntukkan untuk pelajar dari latar belakan kurang bernasib baik, ujarnya. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg