BAGI membantu isi rumah menangani kesan pandemik koronavirus, semua warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas kini akan menerima pembayaran sekali sebanyak $600, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Isnin (6 April).
Pembayaran itu, yang dikenali sebagai Pembayaran Kesepakatan, terdiri daripada pembayaran $300 daripada Pakej Penjagaan dan Sokongan yang diumumkan sebelum ini, serta pembayaran tambahan sebanyak $300, kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.
Pemerintah memperuntukkan lagi $1.1 bilion bagi pembayaran tambahan ini.
Pembayaran tunai lain di bawah Pakej Penjagaan dan Sokongan yang diumumkan lebih awal akan dibuat pada Jun, bukan Ogos dan September.
Warga yang layak akan dimaklumkan tentang pembayaran mereka melalui SMS mulai 15 April.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg