Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang maut, lima cedera lepas kereta rempuh pokok di Changi

Jul 29, 2016 | 11:33 AM
Pemandu kereta ini, seorang lelaki berusia 20-an tahun, maut lepas keretanya merempuh sebatang pokok di Changi Coasr Road pada pagi Jumaat (29 Jul).
Pemandu kereta ini, seorang lelaki berusia 20-an tahun, maut lepas keretanya merempuh sebatang pokok di Changi Coasr Road pada pagi Jumaat (29 Jul). - GAMBAR NOOR ISKHANDAR / FACEBOOK

SEORANG terbunuh dan lima cedera dalam satu kemalangan di Changi Coast Road pada pagi Jumaat (29 Julai).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan pada 6.35 pagi mengenai sebuah kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh sebatang pokok.

Ia mengerahkan sebuah kereta bomba, sebuah Red Rhino, lima ambulans dan dua kenderaan sokongan.

Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 20-an tahun, terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan terpaksa dilepaskan menggunakan alat menyelamat hidraulik.

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Lima orang lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk dua yang tidak sedarkan diri, dikejarkan ke Hospital Besar Changi.

Siasatan polis masih berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg