Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan pengganas di Afghanistan: Mufti kirim ucapan takziah kepada masyarakat Sikh

Mar 31, 2020 | 6:56 PM
TIADA TEMPAT BAGI PENGGANAS: Beberapa pegawai keselamatan sedang memeriksa kuil Sikh di Kabul, Afghanistan setelah ia diserang pengganas pada 25 Mac 2020. FOTO: AFP.
TIADA TEMPAT BAGI PENGGANAS: Beberapa pegawai keselamatan sedang memeriksa kuil Sikh di Kabul, Afghanistan setelah ia diserang pengganas pada 25 Mac 2020. FOTO: AFP. -

MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir melahirkan ucapan takziah dan simpati yang tulus kepada masyarakat Sikh serta menekankan kepentingan nilai harmoni berbilang kaum berikutan serangan ke atas Sikh Gurdwara di Afghanistan minggu lalu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada pengerusi Lembaga Penasihat Sikh Encik Surjit Singh pada Selasa (31 Mac), beliau menyampaikan bahawa perbuatan penganas terhadap golongan monoriti seperti ini tidak dapat diterima.

"Sebagai sebuah masyarakat minoriti, kami amat menghargai kepentingan harmoni berbilang kaum dan saling menghormati agama dan satu sama lain. Tiada tempat bagi pengganasan atau sifat benci di dalam semua agama," kata Mufti.

Tambah Dr Nazirudin, Masyarakat Sikh telah banyak berusaha untuk membantu masyarakat daripada berbilangan agama di seluruh dunia, termasuk masyarakat Islam, ketika mereka ditindas dan dianiaya.

Pada 25 Mac lalu, satu Gurdwara Sikh di Kabul, Afghanistan, telah diserang pengganas ISIS hingga menyebabkan seramai 25 orang terkorban

"Kejadian seperti ini hanya akan memperkuatkan komitmen kami untuk melestarikan kepercayaan serta hubungan rapat antara masyarakat Islam setempat dengan saudara Sikh kami di Singapura dan melalui itu, kami dapat mengalahkan sifat benci dan pengganasan," tegas Dr Nazirudin dalam surat itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg