SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Serbuan di flat Clementi: Polis jelaskan sitaan dadah, senjata api adalah berita palsu

Serbuan di flat Clementi: Polis jelaskan sitaan dadah, senjata api adalah berita palsu

Mar 21, 2021 | 5:30 AM

Serbuan di flat Clementi: Polis jelaskan sitaan dadah, senjata api adalah berita palsu

-

POLIS semalam menjelaskan serbuan di sebuah unit Clementi Rabu lalu tidak melibatkan penyitaan dadah, senjata api atau orang yang terjun dari flat untuk elak penangkapan.

Polis berkata dalam satu kenyataan semalam mereka sedang menyiasat berita yang tular di media sosial melalui aplikasi pesanan berkaitan kejadian di Blok 309, Clementi Avenue 4 sebagai palsu.

Berita palsu itu mendakwa sejumlah senjata api dan 20 kilogram dadah telah disita.

Terdapat dakwaan beberapa orang Melayu dan India ditangkap dalam kejadian , dan salah seorang daripadanya berusaha mengelak tangkapan dengan terjun dari blok.

"Kenyataan ini tidak benar," kata polis.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberi respons kepada kejadian sekitar 8.05 pagi, melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang mengurung diri di dalam unit kediamannya.

Dia tidak bekerjasama dan berdasarkan penilaian, dia membahayakan dirinya sendiri, kata polis.

Pegawai polis memasuki unit itu kira-kira 12.20 tengah hari dan lelaki itu ditangkap di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) dan disiasat kerana disyaki mengambil ubat terkawal.

Tiada senjata api atau narkotik dirampas dalam kejadian, hanya seorang ditangkap, dan lelaki Kaukasia itu bukan pengedar dadah.

Polis sedang menyiasat berita palsu yang tular itu sebagai kesalahan menyampaikan mesej palsu di bawah Akta Pelbagai Kesalahan (Ketenteraman Awam dan Gangguan).

Di bawah Akta tersebut, sesiapa yang menghantar mesej mengetahui ia palsu boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg