SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SG harap 50% warga divaksin penuh jelang Ogos: Lawrence

SG harap 50% warga divaksin penuh jelang Ogos: Lawrence

Jun 17, 2021 | 5:30 AM

SG harap 50% warga divaksin penuh jelang Ogos: Lawrence

ENCIK LAWRENCE WONG: Singapura akan membuka semula secara bertahap semasa bercakap di sidang CNBC Evolve Global Summit semalam. - Foto fail
ENCIK LAWRENCE WONG: Singapura akan membuka semula secara bertahap semasa bercakap di sidang CNBC Evolve Global Summit semalam. - Foto fail -

SINGAPURA berharap dapat memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduknya akan diberi vaksin sepenuhnya pada sekitar Ogos nanti, kata Menteri Kewapngan Lawrence Wong.

Ini akan memberi lebih keyakinan kepada negara supaya melonggarkan lagi sekatan, tetapi buat masa ini Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) yang menangani Covid-19, akan terus memantau keadaan penularan virus ini setiap hari kerana ia masih mampu berubah dengan pantas.

Bercakap demikian di sidang CNBC Evolve Global Summit semalam, Encik Wong berkata Singapura akan membuka semula secara bertahap.

"Kami melakukannya dengan cara terkawal. Kami juga ingin mencapai, pada suatu masa, tahap di mana kadar vaksinasi kami terus meningkat.

"Dan diharapkan sekitar Ogos nanti, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Singapura akan diberi vaksin sepenuhnya.

"Saya rasa ini akan memberi kita lebih banyak keyakinan untuk melonggarkan sekatan lagi," ujarnya Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF.

"Dengan virus ini, anda tidak akan pernah tahu apa yang berlaku dalam beberapa hari mendatang kerana akan selalu ada kejutan.

"Ia satu virus yang sangat rumit. Setiap kali anda fikir anda dapat mengawalnya, ia muncul di arah yang berbeza," kata beliau.

Menyentuh tentang usaha memperkenal gelembung perjalanan, beliau berkata rantau ini masih menghadapi gelombang jangkitan, dan kadar vaksinasi bagi kebanyakan negara di rantau ini masih belum cukup tinggi.

"Jadi saya rasa kami tidak akan dapat melihat perjalanan terbuka dan bebas di rantau ini, khususnya dalam masa terdekat," kata beliau.

Meskipun begitu, Encik Wong tidak menolak kemungkinan aturan perjalanan dapat dilaksanakan dengan negara-negara yang mempunyai kadar jangkitan rendah dan stabil.

Ini mungkin dapat dilakukan dengan memendekkan masa kuarantin bagi pelancong yang telah mendapatkan vaksinasi penuh.

Encik Wong menarik perhatian bahawa Singapura akan terus mengadakan perbincangan dengan negara-negara ini, sambil menyatakan bahawa terdapat minat di antara mereka, termasuk Singapura, untuk mewujudkan laluan perjalanan selamat untuk perjalanan dua hala.

"Apabila kami sudah bersedia, kami akan mengumumkannya," ujar beliau.

Sesi perbualan bersama Encik Wong itu antara lain turut mengetengahkan kedudukan fiskal Singapura, pendapatan cukai, dan ekonomi hijau.

Menyentuh tentang reformasi sistem cukai global, Encik Wong berkata tindakan untuk meletakkan kadar cukai korporat minimum dapat difahamkan, tetapi beliau berkata kumpulan negara kaya G-7 tidak seharusnya menjadi satu-satunya pihak yang menetapkan peraturan itu.

Semua negara, kecil dan besar, mesti terlibat sama dalam mencapai kata sepakat global, dan memastikan ia adil bagi semua negara, kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg