Topik diikuti
Pergi ke BHkuShanmugam: Elak beri tekanan ke atas hakim
Menteri 'risau' cara sesetengah anggota masyarakat lahirkan pandangan

"Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu cuba dan mengelak daripada memberi tekanan awam ke atas hakim supaya mengenakan hukuman berat/ringan. Kita mempunyai sistem mahkamah yang berfungsi dengan baik. Kita harus yakin bahawa hakim akan melakukan perkara yang betul." - Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam
Dec 21, 2017 | 5:30 AM
Shanmugam: Elak beri tekanan ke atas hakim
MESKIPUN marah dengan keputusan mahkamah terhadap kes penderaan seorang wanita yang membawa kepada kematian, orang ramai harus mengelak daripada memberi tekanan ke atas hakim supaya mengenakan hukuman lebih 'adil' di mata masyarakat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.
Akhbar The Straits Times yang menukil kenyataan Encik Shanmugam yang dimuatnaikkan ke laman Facebook beliau semalam sebagai melahirkan rasa 'risau' de- ngan cara sesetengah orang memberi reaksi terhadap kes mendiang Annie Ee, seorang pelayan terencat akal berusia 26 tahun yang meninggal dunia setelah didera setiap hari oleh teman serumah.