SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Shanmugam persoal tujuan penulis artikel Nikkei Asia tentang kelompok Covid-19 di KTV

Shanmugam persoal tujuan penulis artikel Nikkei Asia tentang kelompok Covid-19 di KTV

Jul 30, 2021 | 5:30 AM

Shanmugam persoal tujuan penulis artikel Nikkei Asia tentang kelompok Covid-19 di KTV

ENCIK K. SHANMUGAM
ENCIK K. SHANMUGAM -

MENTERI Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugan, semalam mempersoal tujuan penulis artikel pandangan berkenaan kelompok Covid-19 di KTV, yang dakwaannya telah disangkal kementerian itu sebelum ini.

Beliau berkata penulis itu Encik Andy Wong Ming Jun telah didakwa di mahkamah kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kumpulan Telegram yang mengandungi video dan gambar lucah.

"Kami bertanya-tanya sama ada siasatan jenayah ke atasnya itu adalah sebab beliau mengeluarkan cercaan mengandungi kepalsuan dan sehingga tahap mana beliau terburu-buru melakukan sedemikian kerana sebab politik (kecenderungan politik beliau diketahui umum). Adalah menghairankan mengapa Nikkei menerbitkan artikel sedemikian."

Beliau merujuk kepada Encik Andy Wong, yang menulis artikel bertajuk "Kegagalan institusi di sebalik penularan Covid-19 terkini Singapura" yang diterbitkan Nikkei Asia pada 23 Julai.

Antara lain, artikel tersebut mengandungi beberapa dakwaan palsu terhadap pemerintah Singapura, yang disangkal oleh Pengarah Kanan, Kumpulan Operasi Bersama MHA, Encik Sam Tee, kelmarin.

Ia termasuk dakwaan pemerintah bersubahat dengan pengendali KTV, kebanyakan KTV menyelindungi kegiatan jenayah dan penggubahan wang, dan pemerintah membenarkan KTV dibuka semula semasa pandemik tanpa memberi penjelasan

Encik Shanmugam berkata artikel itu bak cereka semata-mata.

Mengulas mengenai perkara itu semalam, Encik Shanmugam berkata siasatan terhadap Encik Wong dan mereka yang terlibat telah dimulakan pada November 2019.

"Pemerintah telah dan akan mengambil pendekatan tegas terhadap jenayah seksual," kata Encik Shanmugam, menulis di Facebook..

Kelmarin, The Straits Times melaporkan empat lelaki dituduh di mahkamah kerana terlibat dalam kumpulan di Telegram yang mengandungi video dan gambar lucah.

Empat lelaki itu Yee Wing Kay, 46 tahun; Andy Wong Ming Jun, 28 tahun; Lincoln Anthony Fernandez, 30 tahun; dan Tan Yeow Chong, 40 tahun.

Kes mereka akan didengar lagi pada 28 Ogos.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg