Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singapura catat kes kematian ke-4 Covid-19

Apr 2, 2020 | 9:26 AM
MANGSA KORONAVIRUS: Seorang warga Indonesia berusia 68 tahun meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikannya korban ke-4 di negara ini.
MANGSA KORONAVIRUS: Seorang warga Indonesia berusia 68 tahun meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikannya korban ke-4 di negara ini. - fail

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini mengesahkan seorang lagi terkorban disebabkan komplikasi Covid-19.

Lelaki berusia 68 tahun warga Indonesia itu meninggal dunia pada 6.43 pagi tadi.

Beliau merupakan pemegang Pas Kerja dan telah berada di Indonesia antara 20 Januari hingga 16 March.

"Beliau dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 22 Mac, dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari yang sama. Beliau telah dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) sejak 26 Mac lalu. Beliau mengalami komplikasi serius dan akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan tersebut selepas dirawat selama tujuh hari di ICU. Beliau juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi", kata MOH dalam kenyataannya.

Menurut MOH, NCID telah menghubungi keluarga korban dan menghulurkan bantuan untuk mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg