Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singapura, Malaysia perlu kerjasama dalam isu sekitaran dan air: Masagos

Apr 10, 2020 | 4:04 PM
KERJASAMA DALAM ISU AIR: Singapura dan Malaysia perlu bekerjasama dalam isu alam sekitar dan air,  kata Encik Masagos.
KERJASAMA DALAM ISU AIR: Singapura dan Malaysia perlu bekerjasama dalam isu alam sekitar dan air,  kata Encik Masagos. - - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI

MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengadakan satu perbualan telefon dengan rakan sejawatan baru dari Malaysia, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada awal minggu ini.

"Kami mengesahkan kerjasama dan persahabatan yang sudah lama terjalin antara negara-negara kami dan bersetuju bahawa Singapura dan Malaysia perlu terus bekerjasama rapat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

"Kami mesti memanfaatkan sinergi dengan bekerjasama dalam isu alam sekitar dan air, yang akan memberi manfaat kepada rakyat kami," ujar Encik Masagos di Facebook pada Jumaat (10 April).

Beliau turut meluahkan harapan untuk berjumpa dan bekerjasama dengan Menteri Sekitaran dan Air Malaysia itu bagi meningkatkan hubungan dua hala.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg