Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo: Garis panduan baru bimbing syarikat, organisasi guna AI secara selamat

Oct 15, 2024 | 10:00 PM
Menurut Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, mengurus risiko yang timbul daripada teknologi adalah langkah penting untuk membina kepercayaan dalam domain digital.
Menurut Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, mengurus risiko yang timbul daripada teknologi adalah langkah penting untuk membina kepercayaan dalam domain digital. - Foto ZAOBAO

Singapura menyumbang kepada perbincangan mengenai keselamatan Kecerdasan Buatan (AI) dengan menghasilkan satu set Garis Panduan dan Panduan Rakan Mengamankan Sistem Kecerdasan Buatan yang dilancarkan pada 15 Oktober. 

Mengumumkan demikian semasa majlis perasmian Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) 2024, Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, berkata garis panduan itu menggunakan sumbangan daripada industri dan pemerintah, tempatan dan antarabangsa, untuk membimbing syarikat dan organisasi dalam menggunakan AI dengan cara yang selamat dan terjamin.

Garis panduan itu bertujuan membantu perniagaan merentas sektor mengenal pasti dan mengurangkan risiko AI untuk menggunakannya dengan selamat. 

Encik Teo berkata: “Garis panduan itu memberi peluang kepada organisasi untuk bersedia menghadapi risiko sedemikian sebelum teknologi ini matang sepenuhnya dan digunakan secara meluas.”

Mengurus risiko yang timbul daripada teknologi baru muncul adalah langkah penting apabila membina kepercayaan masa depan bagi domain digital, tambahnya.

“Apabila Internet mula-mula muncul, terdapat kepercayaan, harapan, bahawa akses sedia ada kepada maklumat akan membawa kepada perkembangan idea dan perbincangan yang baik, dengan idea terbaik diterima dan digunakan semua orang.

“Tetapi Internet kini tidak lagi dilihat sebagai kebaikan yang tidak dapat dielakkan.

“Negara-negara kini menyedari keperluan untuk melampaui melindungi sistem digital, untuk turut melindungi masyarakat mereka sendiri.”

Menyerlahkan pendekatan proaktif Singapura dalam memudahkan perbincangan mengenai teknologi baru muncul seperti AI, Encik Teo menegaskan bahawa “kita tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang sama dengan teknologi baru muncul”.

Singapura turut membangunkan prasarana rangkaian kuantum selamat dan menyokong usaha penyeragaman antarabangsa untuk mewujudkan rangkaian komunikasi sejagat yang selamat dan boleh dikendalikan. 

Daya usaha itu dibina setelah lebih sedekad penyelidikan kuantum yang diketuai oleh Pusat Nasional untuk Teknologi Kuantum di Singapura.

Beliau menekankan keperluan untuk membina daya tahan ke dalam ekosistem digital daripada asasnya, menangani kelemahan yang boleh membawa kepada gangguan yang meluas jika sistem digital gagal.

Tumpuan Singapura pada daya tahan digital termasuk meneroka perundangan untuk meningkatkan daya tahan prasarana digital, menangani kedua-dua risiko keselamatan siber dan cabaran daya tahan yang lebih luas seperti salah konfigurasi teknikal dan bahaya fizikal.

Edisi kesembilan persidangan itu diadakan antara 14 dengan 17 Oktober dan menampilkan ucaptama dan panel perbincangan oleh penggubal dasar, karyawan teknologi dan pakar.

Pemilik AI dijangka mengawasi keselamatan sistem AI daripada pembangunan, penggunaan hingga pelupusan, menurut garis panduan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura, yang tidak menangani penyalahgunaan AI dalam serangan siber atau maklumat palsu.

Tiga strategi untuk mengukuhkan kepercayaan terhadap domain digital:

– Menggalak kerjasama antarabangsa dan pelbagai pihak

– Melangkaui keselamatan siber kepada daya tahan digital

– Mendapatkan asas yang betul untuk teknologi baru muncul

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg