Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo: S'pura mahu jadi rakan baik, jalankan peranan aktif antarabangsa

Jun 11, 2020 | 8:57 PM
Di mata dunia pula, negara kecil seperti Singapura juga mempunyai suara dan kuasa untuk mengambil tindakan dalam usaha sejagat. - FOTO: MCI
Di mata dunia pula, negara kecil seperti Singapura juga mempunyai suara dan kuasa untuk mengambil tindakan dalam usaha sejagat. - FOTO: MCI -

WALAU kecil, Singapura ingin mempertahankan kedudukan politik dan ekonominya di mata dunia selepas wabak Covid-19 ini berlalu, kata Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean pada Khamis (11 Jun) ketika beliau membentangkan antara cabaran yang akan dihadapi negara menempuh perjalanan demi masa depannya.

Dari sudut rantau ini, Singapura mahu menjadi rakan kerjasama yang baik dengan mengeratkan hubungan bersama rakan ASEAN, terutamanya negara jiran Indonesia dan Malaysia.

Di mata dunia pula, negara kecil seperti Singapura juga mempunyai suara dan kuasa untuk mengambil tindakan dan boleh memainkan peranan yang aktif dalam usaha sejagat antarabangsa, tekannya sambil merujuk kepada beberapa pendekatan berbilang hala yang diterajui atau disertai negara ini.

Encik Teo mengumumkan demikian dalam siri enam ucapan nasional oleh Menteri Kabinet menerusi siaran televisyen.

"Singapura tetap sebuah negara kecil berbilang bangsa yang dikelilingi negara-negara jiran lebih besar, yang terletak di antara Lautan India dan Pasifik, yang terdedah kepada kuasa- kuasa luaran di luar kawalan kita."

Namun ia mahu "menyumbang kepada rantau yang aman damai," tegasnya lagi.

"Kami akan terus menggalakkan dengan aktif hubungan erat dan kerjasama baik dengan rakan-rakan ASEAN, terutamanya Indonesia dan Malaysia, termasuk untuk mengatasi COVID-19 bersama-sama," jelas beliau.

Sebagai tanda perpaduan, Encik Teo berkata Singapura telah mendermakan pelitup, kit ujian, dan alat ventilator kepada Malaysia, Indonesia dan negara-negara ASEAN lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg