Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Tharman gesa bina masyarakat lebih teguh dan sepadu

Jun 17, 2020 | 7:53 PM
Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam telah menggesa agar rakyat Singapura bersatu demi membina masyarakat lebih teguh dan bersepadu. - Foto fail
Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam telah menggesa agar rakyat Singapura bersatu demi membina masyarakat lebih teguh dan bersepadu. - Foto fail -

MENTERI Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, telah menggesa agar rakyat Singapura bersatu demi membina masyarakat lebih teguh dan bersepadu.

Dalam ucapannya, yang juga merupakan siaran ucapan Menteri yang kelima, Encik Tharman berkata cabaran yang bakal dihadapi bukanlah sesuatu yang mudah diatasi namun sebagai sebuah masyarakat, adalah penting untuk warga bekerjasama demi memperkukuh kontrak sosial di masa depan.

"Pandemik COVID-19 telah menyebabkan masalah menjadi lebih ketara. Kemerosotan dalam pendapatan di seluruh dunia dijangka paling teruk dalam tempoh 100 tahun.

"Singapura tidak boleh menghalang kemelesetan ekonomi sejagat daripada berlaku. Tetapi kita mesti bersungguh-sungguh dalam menghalang kehilangan perpaduan sosial, polarisasi, dan rasa putus asa seperti mana yang sedang berlaku di banyak negara lain.

"Jangan sesekali berfikir trend-trend ini tidak boleh melanda Singapura. Terdapat banyak masyarakat yang dahulunya bersatu padu, tetapi kini berpecah-belah, di negara-negara Barat mahupun di Asia," ujar beliau.

Oleh itu, penting bagi Singapura memastikan setiap orang mempunyai peluang sepenuhnya untuk berjaya melalui pendidikan, kemahiran dan pekerjaan yang baik.

Pada masa yang sama, pemerintah juga akan terus meningkatkan bantuan bagi golongan yang dari mula kehidupan mereka sudah kurang bernasib baik, kata Encik Tharman.

Ini agar mobiliti sosial di Singapura dapat dikekalkan dan ketidaksamaan dapat dikurangkan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peri pentingnya semua orang memainkan peranan untuk memperkukuh budaya perpaduan di Singapura "agar kita tahu bahawa kita boleh bergantung kepada satu sama lain, ketika masa-masa baik atau buruk".

Dalam ucapannya juga, Encik Tharman turut mengatakan bahawa semua pelajar sekolah menengah akan menerima komputer riba atau tablet peribadi menjelang 2021, tujuh tahun lebih awal daripada yang dijangka.

Ini setelah Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mempercepat rancangan tersebut, sebahagian cara pemerintah, sekolah dan masyarakat bekerjasama untuk menjaga mobiliti sosial dan memastikan setiap individu diberi peluang untuk berjaya tanpa mengira titik permulaan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg