Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan padu masyarakat

Feb 25, 2024 | 5:30 AM
Imbas kod QR ini bagi mengetahui lanjut untuk menjadi sukarelawan fasilitator KMM.
Imbas kod QR ini bagi mengetahui lanjut untuk menjadi sukarelawan fasilitator KMM. -

Mendaki meraikan 21 tahun dalam usaha memperkasa ibu bapa dan anak-anak dengan kemahiran Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) menerusi program Maju Minda Matematika (Tiga M) dan KelasMateMatika (KMM). Ayuh, jejak pencapaian dan perkembangan program tersebut sejak ia ditubuhkan pada 2002!

2002

Tiga M ditubuhkan selepas tinjauan pada 2002 dapati pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam Matematik apabila ibu bapa mereka turut terlibat dalam pengajaran kemahiran Matematik.

Dibuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak peringkat prasekolah dan sekolah rendah, Tiga M memperkasa ibu bapa dengan kemahiran MLE dalam usaha merapatkan jurang pendidikan Matematik bagi keluarga Melayu/Islam.

Antara perintis program Tiga M ialah Professor David Tzuriel. Beliau telah memainkan peranan utama sebagai tenaga pengajar Matematik sambil memperkasa ibu bapa untuk menjadi mentor kepada anak-anak mereka.

2003

Mendaki memulakan program perintis untuk mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman ibu bapa mengenai pembangunan konsep asas dalam Matematik, sekaligus meningkatkan keyakinan dan kemahiran menjaga serta mendidik kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.

Program Tiga M telah dihadiri 17 keluarga, berserta kanak-kanak prasekolah, di kawasan Boon Lay. Pada tahun itu, Mendaki telah menetapkan sasaran membantu sekitar 300 keluarga berpendapatan rendah. Prestasi kanak-kanak juga dipantau sehingga darjah satu.

Selain itu, program itu menggunakan bahan-bahan pengajaran yang mudah didapati di rumah bagi memudahkan pembelajaran Matematik dalam kehidupan seharian.

2005

Tiga M dijalankan di 15 pusat untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

2006

Tiga M berkembang dengan penyertaan Jamiyah, Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

2011

12 rakan kongsi seperti Masjid Al-Khair, Masjid Darul Ghufran, Masjid Hasanah turut serta dalam Tiga M.

2013

17 rakan kongsi seperti Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Al-Ansar turut serta dalam Tiga M.

2018

Program Tiga M dipertingkatkan sebagai KelasMateMatika@Kelab Masyarakat atau KMM@CC pada September 2018. Program tersebut merupakan kerjasama antara Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA MESRA).

Para peserta KMM@CC akan hadiri enam sesi program Tiga M dan empat sesi kendalian PA yang menekankan hubungan kekeluargaan melalui kegiatan terpilih. Kesemua sesi dijalankan secara percuma.

Program KMM@CC turut memperoleh kerjasama daripada tiga pusat PPIS.

2019

KMM@CC meraih sambutan yang baik sehingga lima buah Kelab Masyarakat lagi yang menawarkan penganjuran KMM bersama.

2020

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan penubuhan program dalam talian yang dikenali sebagai eKMM.

2022

Tinjauan mendapati lapan daripada sepuluh kanak-kanak yang sertai KMM bersedia untuk pelajari Matematik pada Darjah 1 dan tidak memerlukan Program Sokongan Pembelajaran Matematik (LSM). Sejak 2018, KMM telah menyokong lebih 7,500 ibu bapa dan kanak-kanak.

2023

KMM ditawarkan secara fizikal dan dalam talian. Hari ini, KMM dibuka kepada keluarga dengan kanak-kanak yang berusia empat tahun hingga enam tahun.

Para peserta akan menerima subsidi penuh bagi penyertaan. Mereka yang tidak mempunyai alat-alat digital juga akan disokong dengan keperluan tersebut. Keluarga juga akan menerima sokongan Skim Tuisyen MENDAKI (MTS).

Sejak lima tahun lalu, lebih 10,500 kanak-kanak dan ibu bapa telah meraih manfaat daripada program KMM. Kini, lebih daripada 120 relawan telah dilatih sebagai fasilitator KMM.

Sebagai fasilitator, anda akan mengendalikan kelas KMM bersama ibu bapa dan kanak-kanak secara dalam talian selama dua jam sepanjang empat minggu berturut-turut. Kesemua fasilitator akan menjalani latihan wajib bagi memperkasa potensi sebagai tenaga pengajar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg