Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan padu NTUC agar Chee Meng kekal ketua buruh

Jul 14, 2020 | 4:48 PM
MASIH KETUA BURUH: Presiden NTUC, Cik Mary Liew menjelaskan Encik Ng Chee Meng kekal sebagai Setiausaha Agung NTUC kerana jawatan tersebut tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan politik. - Foto PAP
MASIH KETUA BURUH: Presiden NTUC, Cik Mary Liew menjelaskan Encik Ng Chee Meng kekal sebagai Setiausaha Agung NTUC kerana jawatan tersebut tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan politik. - Foto PAP -

KEPIMPINAN atasan gerakan buruh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menegaskan lagi sokongan bagi Ketua Buruh, Encik Ng Chee Meng dan menyatakan beliau akan kekal sebagai Setiausaha Agung NTUC.

Ini diumumkan Presiden NTUC, Cik Mary Liew dalam satu kenyataan hari ini (Selasa, 14 Julai) menyusuli persoalan ramai tentang kedudukan Encik Ng dalam gerakan buruh selepas pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpinnya di GRC Sengkang tewas ke tangan Parti Pekerja (WP) dalam Pilihan Raya Umum, Jumaat lalu.

"Sebagai jawatan yang dilantik NTUC, ia (jawatan Setiausaha Agung) adalah yang bebas daripada sebarang jawatan politik. Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC teguh memberi sokongan tidak berbelah bahagi buat Encik Ng Chee Meng sebagai setiausaha agung NTUC," jelas Cik Liew.

Seorang menteri Kabinet, Encik Lim Chee Onn yang merupakan Ketua Buruh pertama dilantik Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada 1980 memegang jawatan setiausaha agung sejak 40 tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg