SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sokongan profesional bagi kanak-kanak punyai keperluan pembangunan

Sokongan profesional bagi kanak-kanak punyai keperluan pembangunan

May 1, 2021 | 5:30 AM

Sokongan profesional bagi kanak-kanak punyai keperluan pembangunan

PENDIDIKAN INKLUSIF: Cik Sun telah mengunjungi My First Skool NTUC First Campus di Blk 238 Kim Keat Link semalam sedang pengumuman dilakukan untuk memberikan lebih sokongan kepada kanak-kanak prasekolah yang mempunyai keperluan pembangunan. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
PENDIDIKAN INKLUSIF: Cik Sun telah mengunjungi My First Skool NTUC First Campus di Blk 238 Kim Keat Link semalam sedang pengumuman dilakukan untuk memberikan lebih sokongan kepada kanak-kanak prasekolah yang mempunyai keperluan pembangunan. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

KELUARGA kanak-kanak prasekolah yang mempunyai keperluan pembangunan bakal diberi lebih sokongan profesional dan disasarkan dalam sekolah pada tahun-tahun akan datang.

Penyelarasan Inklusif akan dilantik di lebih daripada 1,900 prasekolah di sini dan lebih banyak peluang latihan pendidikan inklusif akan dilancarkan untuk guru-guru.

Program sokongan sedia ada juga akan ditawarkan di lebih banyak prasekolah atau disepadukan dengan prasekolah untuk mengurangkan berulang-alik antara pusat.

Langkah oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) ini adalah respons kepada tujuh saranan yang diumumkan kumpulan kerja prasekolah inklusif semalam.

Ia juga mendedahkan rangka kerja empat peringkat baru semalam yang bertujuan mempertingkat sokongan untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembangunan serta menghantar isyarat bahawa semua prasekolah memainkan peranan dalam usaha ini.

Rangka kerja itu memisahkan sokongan campur tangan awal kepada empat peringkat - dari tahap sokongan rendah hingga tinggi.

Peringkat pertama adalah sokongan universal atau umum untuk ditawarkan di semua prasekolah, diikuti dengan sokongan berdasarkan program yang akan tersedia di kebanyakan prasekolah.

Peringkat ketiga adalah sokongan inklusif dan akan tersedia di beberapa prasekolah, sementara peringkat akhir melibatkan sokongan khusus bagi mereka yang memerlukan tahap tertinggi campur tangan awal di pusat luar, seperti menerusi Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic).

Beberapa inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) diumumkan sewaktu perbahasan belanjawan pada Mac dan menangani saranan kumpulan kerja itu, lapor The Straits Times.

Kumpulan kerja itu dipengerusi bersama oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling dan Profesor Madya Kenneth Poon, dekan bersekutu penyelidikan pendidikan Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Antaranya adalah Program Rintis Bantuan Inklusif yang akan menyepadukan khidmat oleh pusat campur tangan dan prasekolah, lantas mengurangkan ketegangan logistik berulang-alik antara tempat.

Cik Sun berkata semalam bahawa program rintis itu bertujuan memberikan kemudahan yang lebih bagi ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah yang mempunyai keperluan sokongan pertengahan.

"Kami akan melancarkan tujuh program rintis ini dan kami berharap program perintis terakhir kan sedia beroperasi menjelang awal 2022," tambahnya.

Program rintis pertama akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg