Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan tambahan jamin pekerjaan, lindungi perniagaan dan bantu kos sara hidup akan dibentangkan: DPM Heng

Mar 24, 2020 | 11:38 PM
BANTUAN TAMBAHAN: Timabalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat sewaktu sesi perbincangan meja bundar bagi Belanjawan 2020 pada 11 Mac lalu. - FOTO: KELVIN CHNG
BANTUAN TAMBAHAN: Timabalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat sewaktu sesi perbincangan meja bundar bagi Belanjawan 2020 pada 11 Mac lalu. - FOTO: KELVIN CHNG -

LANGKAH tambahan bagi menjamin pekerjaan dan menyokong masyarakat setempat membiayai kos kehidupan semasa wabak koronavirus ini akan dibentangkan pada Khamis (26 Mac) kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.

Menulis dalam satu pos di Facebook beliau pada Selasa (24 Mac), Encik Heng yang juga Menteri Kewangan berkata bahawa sokongan itu akan diberi untuk memastikan syarikat di Singapura dapat meneruskan perniagaan dengan lancar, dan menyokong keluarga-keluarga setempat juga.

"Lebih banyak sokongan akan dihulurkan kepada sektor yang mengalami kesan teruk wabak ini," tambah beliau.

Pada Selasa (24 Mac) Kementerian Kesihatan (MOH) telah melaksanakan langkah berjaga-jaga baru yang melibatkan tempat hiburan tutup dan perhimpunan lebih 10 orang dilarang sekiranya ia diadakan di luar urusan kerja atau sekolah.

"Lebih banyak perniagaan akan terjejas, sedang beberapa sektor menyaksikan kesan lebih teruk setelah langkah baru diumumkan hari ini,"

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg