Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura dan M'sia uji kesediaan hadapi tumpahan kimia dalam latihan bersama
May 15, 2015 | 6:15 AM
S'pura dan M'sia uji kesediaan hadapi tumpahan kimia dalam latihan bersama
PASUKAN penyelamat yang terdiri daripada kakitangan 24 agensi Singapura dan Malaysia beraksi semalam untuk menangani simulasi tumpahan kimia di Tuas.
Senario ini melibatkan kejadian perlanggaran empat kenderaan - kapal tangki kimia berbahaya, lori, bas mini dan kereta - yang mengakibatkan bahan ammonium hidroksida tumpah ke jalan raya.