SINGAPURA menyaksikan penambahan 570 kes jangkitan Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) sebahagian besar merupakan pemegang permit kerja yang menginap di asrama.
Dua kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.
Secara keseluruhannya Singapura menghadapi 29,364 kes jangkitan Covid-19 sejauh ini.
Sehingga malam tadi, seramai 10,356 telah sembuh dan dibenarkan pulang.
Menurut MOH sehingga semalam, seramai 26,541 daripada 323,000 pekerja asing yang menginap di asrama, atau lebih 8 peratus telah diuji positif Covid-19.
MOH akan memberi perincian bagi kes terbaharu pada malam nanti.
Sejauh ini, 22 orang telah terkorban akibat komplikasi Covid-19.
Sembilan yang diuji positif telah meninggal dunia atas sebab-sebab lain.
Lebih 4.9 juta orang di seluruh dunia telah disahkan positif Covid-19 sejak ia mula menular pada Disember tahun lalu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg