SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S'pura hantar dua pesawat penuh silinder oksigen ke India bagi tangani wabak

S'pura hantar dua pesawat penuh silinder oksigen ke India bagi tangani wabak

Apr 28, 2021 | 11:37 AM

S'pura hantar dua pesawat penuh silinder oksigen ke India bagi tangani wabak

Dr Maliki sedang melihat silinder oksigen yang akan diterbangkan ke India untuk membantu menangani wabak Covid.
Dr Maliki sedang melihat silinder oksigen yang akan diterbangkan ke India untuk membantu menangani wabak Covid. - ST

SINGAPURA telah menghantar dua pesawat penuh dengan silinder oksigen ke India bagi membantu negara itu menangani jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menerbangkan silinder itu menggunakan dua pesawat C-130 dari Singapura ke Bengal Barat, India. Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman berkata rakyat Singapura bersama India bagi menangani pandemik ini. "Ini dapat dilakukan kerana hubungan erat antara kedua rakyat, pemerintah dan negara,'' katanya, yang memberikan bantuan itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Republik India P Kumaran di Pangkalan Udara Paya Lebar tadi pagi (28 April). India sedang bergelumang dengan gelombang kedua jangkitan Covid-19 dan menghadapi kekurangan silinder oksigen. Inisiatif itu dapat diatur pada notis yang pendek disebabkan kerjasama yang erat kedua negara, tambah Dr Maliki.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg