Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura harap capai hubungan lebih baik dengan M'sia
Vivian: Kededua negara harus bertindak dengan 'niat yang baik' bagi huraikan isu dua hala

Jan 15, 2019 | 5:30 AM
S'pura harap capai hubungan lebih baik dengan M'sia
MESKIPUN dengan cabaran dihadapi sekarang, Singapura tetap berharap untuk mencapai hubungan dua hala lebih baik dengan Malaysia serta kerjasama lebih erat yang memberi manfaat kepada kededua pihak, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Tetapi kededua negara harus bertindak dengan 'niat yang baik' bagi menghuraikan isu-isu dua hala itu, tegas Dr Balakrishnan semasa menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen semalam.