KEUTAMAAN yang ingin disegerakan Singapura kini adalah mengusahakan cara mengembalikan dan membenarkan perjalanan udara yang selamat.
Begitulah rumusan Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, setelah meninjau Lapangan Terbang Changi dan ibu pejabat Singapore Airlines dalam hari keduanya menggalas amanah baru.
Mantan Menteri Pendidikan itu diiringi Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, dalam lawatannya hari ini (Rabu, 29 Julai).
Encik Ong yang mencatat pengalamannya di Facebook menulis:
"Ketersambungan udara adalah organ penting negara kita yang merupakan pulau kecil kita ini.
"Ia menyambungkan Singapura dengan negara lain dalam dunia. Ia juga dianggap sebagai hab udara yang menghirup dan menyuntik oksigen dalam setiap sektor ekonomi serta membantu mereka maju dan menjana lebih banyak pekerjaan.
"Lapangan Terbang Changi, dengan khidmatnya buat 126 penerbangan serta SIA sebagai penerbangan kebangsaan memperkukuh kedudukan kita sebagai hab udara sejagat. Namun kerana Covid-19, penerbangan sejagat masih lagi terkapai-kapai dalam krisis ini."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg