SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S'pura perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan, UK dalam tempoh pandemik

S'pura perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan, UK dalam tempoh pandemik

Jun 24, 2021 | 7:56 PM

S'pura perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan, UK dalam tempoh pandemik

Foto MCI oleh BETTY CHUA di laman Facebook PM LEE HSIEN LOONG
Foto MCI oleh BETTY CHUA di laman Facebook PM LEE HSIEN LOONG -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Chung Eui-yong dan Setiausaha Ehwal Luar United Kingdom (UK) Dominic Raab pada Khamis (24 Jun).

Kedua-dua Encik Chung dan dan Encik Raab berada di Singapura bagi lawatan kerja.

Menulis di Facebook pada Khamis, Encik Lee berkata:

"Tahun lalu, Covid-19 telah membuat kita semua terkurung. Sedang dunia menyesuaikan diri dan membangunkan pertahanan, kami sedang mendekati dan berhubung kembali dengan sahabat dan rakan-rakan di luar negara."

Encik Lee berkata Singapura dan Korea Selatan menikmati hubungan yang baik, dan beliau telah berbincang dengan Encik Chung tentang cara memperkukuh kerjasama semasa pandemik ini.

Beliau turut mengalu-alukan minat Korea Selatan untuk melakukan lebih banyak usaha bersama Asean.

Encik Lee juga berkata UK adalah antara rakan rapat Singapura dan kedua-dua negara itu mempunyai hubungan mendalam dan lama.

UK dan Singapura mempunyai kepentingan bersama dalam menegakkan perdagangan bebas, kerjasama berbilang hala, dan perintah antarabangasa berdasarkan peraturan.

Kedua-dua negara itu juga sedang memperluas kerjasama, termasuk dalam bidang ekonomi digital dan perubahan iklim, kata Encik Lee.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg