Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura sambut 1 Syawal, 10 April

Apr 9, 2024 | 7:34 PM
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir - Foto fail

Singapura menyambut 1 Syawal pada Rabu, 10 April.

Menyatakan demikian dalam kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata:

“Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 32 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

“Oleh yang demikian, suka saya mengisytiharkan bahawa satu hari bulan Syawal, bagi tahun 1445H jatuh pada esok, Rabu bersamaan 10 April 2024.

“Izinkan saya mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan kita keberkatan dan kejayaan pada Hari Raya ini.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg