Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura sambut baik rancangan Jepun runding, sambung semula perjalanan penting dengan S'pura

Jul 23, 2020 | 10:18 PM
ALU-ALUKAN PERBINCANGAN: Menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA), Singapura mengalu-alukan keputusan kerajaan Jepun melibatkannya dalam satu rundingan mengenai usaha menyambung semula perjalanan penting ke luar negara atas urusan rasmi atau perniagaaan. - Foto FAIL HIASAN
ALU-ALUKAN PERBINCANGAN: Menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA), Singapura mengalu-alukan keputusan kerajaan Jepun melibatkannya dalam satu rundingan mengenai usaha menyambung semula perjalanan penting ke luar negara atas urusan rasmi atau perniagaaan. - Foto FAIL HIASAN -

SINGAPURA mengalu-alukan keputusan kerajaan Jepun melibatkannya sebagai salah satu daripada 12 rakan kerjasama dalam meneruskan perbincangan tentang menyambung semula perjalanan penting ke luar negara atas urusan rasmi mahupun perniagaan.

Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan malam ini (Khamis, 23 Julai), jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang menjawab pertanyaan media berhubung dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe dan Menteri Ehwal Luar, Encik Toshimitsu Motegi pada 22 Julai lalu, berkata:

"Singapura menyambut baik keputusan kerajaan Jepun untuk melibatkan Singapura sebagai salah satu rakan kerjasama bagi memulakan rundingan sebegini.

"Singapura dan Jepun adalah rakan ekonomi yang utuh. Pembentukan laluan salingan hijau antara negara kita berdua akan menjadi langkah penting dan positif ke arah mengembalikan ketersambungan dan memudahkan lawatan perniagaan penting dan lawatan rasmi dengan mematuhi kawalan keselamatan kesihatan awam yang diperlukan.

"Langkah ini juga merupakan susulan dan melengkapi 'Kenyataan Bersama Mengenai Usaha Memudahkan Aktiviti Ekonomi Berdaya Tahan Bagi Melawan Pandemik Covid-19' yang disahkan kedua-dua negara pada 1 Mei lalu.

"Singapura akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Jepun bagi mencatat kemajuan dalam usaha menyambung semula perjalanan penting ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg