Topik diikuti
Pergi ke BHkuTAA kembang 'sayap' ke Little India
Jun 29, 2015 | 5:30 AM
TAA kembang 'sayap' ke Little India
SEMANGAT memberi kepada golongan yang memerlukan di bulan Ramadan turut dirasakan masyarakat India setempat dengan pelancaran kotak derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) di kawasan Little India semalam.
Sokongan yang disalurkan buat julung-julung kalinya oleh Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha) itu sejajar dengan matlamat masyarakat majmuk dalam menggalak sifat saling membantu tanpa mengira kaum.