Baru-baru ini, Berita Minggu melaporkan tentang jenama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang berkembang di persada global. ITE juga memberi lebih banyak peluang kepada pelajar mengikuti program pertukaran dan program latihan amali di luar negara. Wartawan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara beberapa pelajar dan guru yang berpeluang mengikuti program di luar negara baru-baru ini.
Mar 13, 2016 | 5:30 AM
GILAP KEMAHIRAN: Encik Syafiq menyiapkan hidangan telur kukus bagi bufet 250 orang dalam program pertukaran di Lyon, Perancis, tahun lalu. -
ROTI KIRAI DI PERANCIS: Cik Nadhrah menyiapkan hidangan Melayu di restoran milik cef terkemuka Perancis semasa menjalani program pertukaran di Lyon tahun lalu. - Foto-foto WENDY POH -

PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Cik Nadhrah Khattoo Iskandar Khan Surattee, tidak pernah terbayang akan meraih peluang bekerja di sebuah restoran di Perancis, apatah lagi menyiapkan hidangan roti kirai di sana.
Namun, itulah yang dilakukannya semasa menjalani program pertukaran di sekolah kulinari, Institut Paul Bocuse (IPB), di Lyon, Perancis, tahun lalu.