TARIKAN pelancong termasuk Taman Haiwan Singapura, Muzium ArtScience dan Universal Studios dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Ahad (28 Jun). Menurut kenyataan itu, 13 tarikan lain dibenarkan beroperasi secara berperingkat. Tarikan-tarikan itu adalah: Flower Dome di Taman di Persisiran, Taman Burung Jurong, River Safari, Taman Haiwan Singapura, Muzium ArtScience, kasino dan SkyPark Marina Bay Sands, Universal Studios Singapore, SEA Aquarium, dan kasino di Resorts World Sentora, muzium lilin Madame Tussauds di Sentosa, taman trampolin Bounce dan arked realiti maya Zero Latency.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg