Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarif elektrik turun, gas naik pada suku pertama 2021

Dec 31, 2020 | 5:30 AM
ADA PENJIMATAN: Bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB 4 bilik akan turun sebanyak $2.39 (sebelum GST 7 peratus) pada suku pertama tahun depan. - Foto fail
ADA PENJIMATAN: Bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB 4 bilik akan turun sebanyak $2.39 (sebelum GST 7 peratus) pada suku pertama tahun depan. - Foto fail -

BERMULA 1 Januari 2021, tarif elektrik akan dikurangkan sekitar 3.2 peratus atau 0.67 sen setiap kilowatt jam (kWh).

Tarif tersebut adalah bagi tempoh dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Ini disebabkan kos tenaga yang lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

Bagi isi rumah, ini bermakna tarif elektrik sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan berkurang dari 21.34 sen kepada 20.76 sen setiap kWh dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB 4 bilik akan turun sebanyak $2.39 (sebelum GST 7 peratus).

Penurunan tarif itu diumumkan semalam oleh SP Group melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan.

SP Group mengkaji tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, City Gas mengumumkan bahawa bermula 1 Januari, tarif gas sebelum GST akan meningkat sebanyak 0.04 sen setiap kWh, dari 17.19 sen setiap kWh kepada 17.23 sen setiap kWh.

Pengeluar dan peruncit gas itu menjelaskan bahawa ini disebabkan oleh kenaikan kos bahan bakar berbanding dengan suku sebelumnya.

Awal sebelum itu, pada suku ketiga, tarif gas meningkat sebanyak 5 peratus bagi isi rumah sementara tarif elektrik meningkat sebanyak sekitar 9 peratus.

Pun begitu, harga elektrik pada masa itu masih merupakan yang kedua terendah dalam tiga tahun terakhir sementara harga gas berada pada tahap ketiga terendah pada tempoh yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg