Topik diikuti
Pergi ke BHkuTawaran istimewa di Harvey Norman

Tawaran istimewa di Harvey Norman
SEMPENA dengan ulang tahun ke-20 beroperasi di sini, Harvey Norman mengadakan jualan murah dengan diskaun hebat di kesemua 14 cawangannya serta bagi pembeli dalam talian.
Jualan ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 16 November ini.
Antara barangan yang ditawarkan adalah peralatan elektronik seperti komputer, perabot serta peralatan dapur dan tempat tidur.
Bukan itu sahaja, antara daya tarikan yang disediakan adalah pelanggan yang berbelanja $100 dalam satu transaksi, berpeluang memenangi hadiah 20 kali ganda dari jumlah pembelian mereka, dan 20 pemenang bertuah berpeluang untuk memiliki hadiah ini.
Jika anda berbelanja $3,000 dalam satu transaksi bagi barangan elektronik, anda berpeluang untuk mendapatkan basikal lipat bersaiz 20 inci berharga $499 secara percuma.
Anda juga berpeluang memiliki barangan percuma yang lain bernilai $2,849. Promosi ini akan berakhir pada 10 November nanti.
Nikmati juga diskaun sehingga 20 peratus serta tambahan 20 peratus lagi bagi pembelian perabot pilihan.
Promosi hebat ini bermula pada 30 Oktober hingga 4 November.
Pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan lebih 35 peratus untuk pembelian sofa fabrik Urban Avio L-Shape, kini berharga $1,149, harga sebelumnya $1,799.
Penjimatan 35 peratus juga boleh dinikmati bagi pembelian sofa IMG Scandi 120 Prime Leather Recliner. Ia kini hanya $1,399, harga asal $2,199.
Anda juga boleh berjimat sehingga 40 peratus untuk pembelian Hiker Berlin Sofa Chaise.
Kini ia dijual hanya $1,999, harga sebelumnya $3,399.
Harvey Norman juga melancarkan sofa modular eksklusif terbaru dengan rekaan yang sungguh unik dan pastinya menepati cita rasa ramai.
Sofa-sofa boleh ditempah mengikut warna dan fabrik yang diinginkan.
Kunjungi cawangan Harvey Norman di Bedok Point, Bukit Panjang Plaza, The Centrepoint, Djitsun Mall, Hougang Mall, Jurong Point, Millenia Walk, NorthPoint City, Parkway Parade, Seletar Mall, Suntec City, ESR BizPark @ Chai Chee, Westgate dan di Westmall
Terma dan syarat dikenakan.
Pelanggan boleh menyemak di semua cawangan untuk butiran lanjut. Sila lungsuri laman www.harveynorman.com.sg untuk maklumat lain.