Topik diikuti
Pergi ke BHkuTeliti sistem politik demi penuhi cita rasa penduduk, sekitaran

Jan 18, 2016 | 5:30 AM
Teliti sistem politik demi penuhi cita rasa penduduk, sekitaran
ADA keperluan meneliti sistem politik di Singapura bagi memenuhi cita rasa penduduk dan menyesuaikannya kepada keadaan sekarang yang sudah berubah, menurut beberapa pengamat dan penganalisis politik.
Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata politik sistem sekarang merupakan legasi sejak akhir 1980-an, yang antara lain memperkenalkan skim Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC).