Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempahan korban masyarakat Islam S’pura di Palestin dapat sambutan

Ini meski berlaku ketidaktentuan di Palestin
May 27, 2024 | 5:30 AM
Kambing biri-biri dari Australia yang diimport masuk ke Singapura oleh Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd, antara syarikat yang menjalankan korban secara langsung di sini pada 2024, tiba di Pusat Pengangkutan Udara Changi pada Jun 2023.
Kambing biri-biri dari Australia yang diimport masuk ke Singapura oleh Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd, antara syarikat yang menjalankan korban secara langsung di sini pada 2024, tiba di Pusat Pengangkutan Udara Changi pada Jun 2023. - Foto ihsan Aliyah Rizq

Meskipun dengan ketidaktentuan di rantau Palestin, permintaan untuk ibadah korban dari masyarakat Islam setempat tetap menggalakkan. 

Menurut beberapa penyedia perkhidmatan korban yang ditinjau, sehingga 50 peratus tempahan ditawarkan sudah diisi manakala ada yang menyaksikan tempahan yang meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Misalnya, syarikat Al Ustaz menerima tempahan untuk 80 kambing dikorbankan di Gaza, iaitu lebih 50 peratus daripada jumlah kambing ditawarkan, menurut pengasas bersama syarikat itu, Encik Mohamed Shah Reza. 

Turut berkongsi sentimen positif ialah syarikat penyedia perkhidmatan, Sofee Initiative.

Kata pengasasnya, Ustaz Mohammad Khairi Nazron, ia menerima tempahan untuk 30 kambing, peningkatan sekitar tiga kali ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

“Kami telah menawarkan ibadah korban di Palestin sejak 2021, dan selalunya tempahan diterima hanyalah kurang 10 kambing sahaja,” ujar beliau semasa dihubungi. 

Tambah mereka ditinjau lagi, permintaan tetap ada walaupun rata-rata harga kambing korban di rantau itu bagi musim haji 2024, terpaksa dinaikkan. 

Sebagai contoh, kambing korban ditawarkan di Gaza oleh syarikat Ibadah Korban SG, naik hampir dua kali ganda kepada $650 seekor, berbanding $380 tahun sebelumnya.

Pada masa sama, syarikat penyedia akui perlunya ada pelan alternatif sekiranya ibadah korban tidak dapat dijalankan di Palestin, termasuk Gaza. 

Disebabkan ini, penyedia sudah memaklumkan para jemaah tentang rancangan alternatif seperti menjalankan ibadah korban di negara lain. 

Sementara itu, di Singapura, masyarakat setempat dapat menyaksikan ibadah korban di enam masjid dan dua pertubuhan Melayu/Islam pada Aidiladha ini.

Masjid yang terlibat adalah Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Tentera Diraja, Masjid Hang Jebat Masjid Omar Salmah serta Masjid Pusara Aman.

Antara pertubuhan yang bakal melaksanakan korban secara langsung ialah Rumah Peralihan Pertapis di perkarangannya.

Ini adalah yang kali pertama korban dilakukan secara langsung dalam tempoh 10 tahun. 

Pertubuhan itu berkata bahawa sekitar 20 peratus atau 25 kambing, daripada jumlah sasaran tempahan sudah diterima, menurut pengurus kemudahan Pertapis, Syed Fazal Sakaf Syed Husain Sakaf.

“Dengan memperkenalkan semula korban hidup, kami berharap dapat memberi peluang kepada generasi akan datang untuk terlibat dalam ibadah korban ini kerana ia memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap kepentingannya dan membangunkan hubungan yang kukuh dalam masyarakat,” ujar Syed Fazal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg