BERLATIH DI RUMAH: Penuntut Kolej Muzik Utara Diraja (RNCM) di United Kingdom, Cik Syakirah Noble memenuhi masa sepanjang tempoh pemutus litar dengan kegiatan latihan vokal dan mengajar kelas vokal dan teori muzik secara online'. Cik Syakirah juga perlu menjalani ujian vokal secara 'onlne' dengan mengirimkan rakaman nyanyiannya kepada pihak kolej. Beliau pulang dari Manchester pertengahan bulan lalu, beberapa hari sebelum kolejnya ditutup akibat wabak Covid-19. Sebaik kembali ke tanah air, beliau menjalani notis jangan keluar rumah hingga akhir bulan lalu. Seperti ramai penuntut universiti dan institut pengajian tinggi lain, beliau dibelenggu ketidakpastian, dan khuatir bagaimana wabak Covid-19 akan menjejas pengajiannya. - Foto ihsan SYAKIRAH NOBLE -
KURANG SIBUK: Walaupun terdapat ramai orang yang beratur panjang pada sekitar 7 pagi semalam, keadaan di Pasar Geylang Serai kembali lengang selepas sekitar satu jam, dengan pegawai penguatkuasa juga hadir bagi mengawal keadaan di situ. Pengunjung yang datang ke pasar itu juga menggunakan pelitup muka dan mengekalkan jarak selamat antara satu sama lain. Pasar Geylang Serai menarik perhatian pada hari cuti umum Good Friday baru-baru ini selepas ramai orang dilihat beratur panjang untuk mendapatkan barang pasar mereka. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
PERNIAGAAN TERJEJAS: Berbeza daripada sebelum sekatan 'pemutus litar', suasana di Pusat Penjaja East Coast sangat sunyi pada hujung minggu ini, dengan hanya segelintir pengunjung yang datang untuk membeli makanan. Mereka perlu membungkus dan membawa pulang makanan itu kerana tidak dibenarkan lagi untuk duduk makan di tempat itu. -
PERJALANAN LENGANG: Ekspreswe Central (CTE) menuju ke Ang Mo Kio Avenue 3 lengang tanpa banyak kenderaan dilihat pada pagi semalam. Dengan sekatan 'pemutus litar' yang berkuatkuasa Selesa lalu, ramai penduduk Singapura mematuhi nasihat dan arahan pemerintah untuk tidak keluar dari rumah dalam membantu mengekang penularan Covid-19 di sini. -
JALANKAN TUGAS: Tiga pegawai penguatkuasaan dilihat menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk berseorangan di Taman East Coast pagi tadi. Mereka yang didapati bersalah tidak mematuhi langkah jarak selamat dan berlengah-lengah tanpa sebab akan terus dikenakan denda saman $300. -

WARGA Singapura membuat pelbagai penyesuaian sewajarnya dalam amalan harian semasa kawalan pemutus litar dilaksana termasuk mengurangkan kunjungan ke tempat tarikan masyarakat seperti Pasar Geylang Serai, kawasan pantai.
Bagi keluarga yang selalunya berkunjung ke rumah anggota keluarga warga emas semasa hujung minggu, kini mereka menggunakan teknologi untuk bertanya khabar.