SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Terap sikap belajar sepanjang hayat bagi belia hadapi cabaran masa depan: DPM Heng

Terap sikap belajar sepanjang hayat bagi belia hadapi cabaran masa depan: DPM Heng

Jun 30, 2021 | 1:59 PM

Terap sikap belajar sepanjang hayat bagi belia hadapi cabaran masa depan: DPM Heng

-

USAHA memastikan belia dan tenaga kerja bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan memerlukan kerjasama seluruh masyarakat, antaranya menerusi pendidikan awal serta penerapan sikap terbuka bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Belia juga perlu diberi sokongan dan dorongan untuk mengejar aspirasi mereka demi menambah nilai kepada kehidupan masyarakat dan persekitaran, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Justeru, badan bantu diri seperti Mendaki terus memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkasa belia demi mencapai cita-cita mereka dan membentuk masa depan yang lebih baik untuk Singapura, tambah Encik Heng dalam ucapannya semasa Simposium Pendidikan 2021 anjuran Yayasan Mendaki.

Menurut Encik Heng, masyarakat Melayu/Islam telah menunjukkan kemajuan yang baik dan ini diharap dapat terus mendorong ke arah kecemerlangan di tahap lebih tinggi.

"Terdapat ramai suri teladan dalam masyarakat Melayu/Islam dan saya ingin galakkan anda untuk tampil membimbing generasi seterusnya.

"Kepada belia, kami akan berusaha agar anda dapat mencapai impian dan membina masa depan yang lebih baik untuk kita semua," kata Encik Heng dalam bahasa Melayu.

Simposium Pendidikan tahun ini diadakan secara alam maya pagi Rabu (30 Jun) dengan tema "Mengubah definisi kejayaan: Mempersiap belia dan tenaga kerja untuk masa depan".

Ia bertujuan membincangkan bagaimana persepsi masyarakat berkaitan kejayaan dan pendidikan perlu diubah dan menyediakan wadah untuk mengenal pasti cabaran bagi golongan belia dan dewasa dalam alam pekerjaan.

Selain Encik Heng, sesi dialog itu turut disertai Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad dan pengarah Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Dr Christine Goh.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg