Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerbang lalu formasi angka '50' sempena jubli emas hubungan

GABUNG TENAGA: Sebanyak 20 jet daripada RSAF dan TNI-AU bergabung tenaga membelah langit dengan formasi angka '50' sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Indonesia. - Foto ZAOBAO
Sep 8, 2017 | 5:30 AM
Terbang lalu formasi angka '50' sempena jubli emas hubungan
SEBANYAK 20 jet pejuang membelah langit di Marina South dalam formasi angka '50' semalam sempena sambutan jubli emas Singapura-Indonesia tahun ini.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyaksikan acara terbang lalu bersama oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Udara Indonesia (TNI-AU) itu di Pusat Kapal Pesiaran Marina Bay, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.