Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terlibat dalam kes gangguan pemiutang haram; polis tahan wanita 22 tahun

May 27, 2020 | 10:50 AM
DITAHAN: Wanita berkenaan dikatakan telah meletakkan bahagian seekor binatang di luar sebuah unit perumahan di Tampines Avenue 8.
DITAHAN: Wanita berkenaan dikatakan telah meletakkan bahagian seekor binatang di luar sebuah unit perumahan di Tampines Avenue 8. - - Foto fail

SEORANG wanita berusia 22 tahun telah diberkas setelah disyaki terlibat dalam kes gangguan pinjaman wang pemiutang tidak berlesen.

Dalam kenyataannya hari ini, polis berkata mereka telah menerima aduan mengenai gangguan tersebut pada 25 Mei lalu, di mana bahagian seekor binatang telah diletakkan di luar sebuah unit perumahan di Tampines Avenue 8.

Wanita tersebut berjaya dikenal pasti menerusi siasatan dan bantuan rakaman kamera litar polis sebelum ditahan pegawai dari Divisyen Polis Bedok semalam.

Siasatan masih dijalankan.

Di bawah Akta Pemiutang (Edisi Semakan 2010), pesalah kali pertama yang didapati bersalah atas gangguan pemiutang tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak kurang $5,000 dan tidak lebih $50,000, dengan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, dan hukuman sebat mandatori sehingga enam kali.

Jika didapati bersalah bagi kali kedua atau berikutnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang $6,000 dan tidak lebih $60,000, dengan hukuman penjara mandatori antara dua dengan sembilan tahun, serta hukuman sebat mandatori sehingga 12 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg