SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Terus bersalsa, berzumba dalam 'senyap'

Terus bersalsa, berzumba dalam 'senyap'

Mar 7, 2021 | 5:30 AM

Terus bersalsa, berzumba dalam 'senyap'

SENYAP PUN BOLEH SENAM!: Satu inisiatif baru OTH membolehkan mereka yang ingin melakukan senaman menggunakan fon kepala bagi mendengar lagu yang diputarkan tetapi mengurangkan bunyi bising di kawasan berdekatan. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN
SENYAP PUN BOLEH SENAM!: Satu inisiatif baru OTH membolehkan mereka yang ingin melakukan senaman menggunakan fon kepala bagi mendengar lagu yang diputarkan tetapi mengurangkan bunyi bising di kawasan berdekatan. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -

PENGGUNAAN pembesar suara yang lazimnya digunakan untuk melaungkan lagu yang mengiringi rentak pergerakan senaman kini digantikan kepada fon kepala membolehkan.

Inilah merupakan inisiatif terbaru Our Tampines Hub (OTH) dalam meningkatkan pengalaman penggemar kecerdasan semasa melakukan senaman secara beramai-ramai.

Usaha tersebut bertujuan untuk mengurangkan bunyi bising di sekitar kawasan senaman dijalankan tetapi pada masa yang sama, tetapi memberikan pengalaman yang imersif dan menyeluruh pada mereka yang bersenam.

Semalam, OTH telah memperkenalkan 'Senaman Cerdas Salsa-Zumba Senyap' yang pertama.

Dianjurkan bersama oleh Berita Harian, Persatuan Profesional Jagaan Kesihatan Muslim dan ITE senaman tersebut dibuka kepada orang ramai pada hari Sabtu pertama setiap bulan.

Semasa senaman yang penuh bertenaga itu, para peserta telah menerima fon kepala khas yang telah dibersihkan dan disanitasikan.

Instruktor akan bercakap menerusi saluran yang telah ditetapkan agar para penerima dapat mendengarnya dan juga muzik yang dimainkan.

Selain itu, juga terdapat lebih banyak ruang dan tempat untuk para peserta menjarakkan diri dengan peserta lain semasa sedang bersenam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg