Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada ibadah korban di S'pura tahun ini; agihan daging kepada golongan susah diteruskan: Muis

Jun 8, 2020 | 5:31 PM
Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga bergaji rendah dalam masyarakat. - Foto FAIL ST
Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga bergaji rendah dalam masyarakat. - Foto FAIL ST -

TIADA binatang ternakan akan diimport ke Singapura untuk ibadah korban tahun ini, memandangkan situasi Covid-19 dan ketidaktentuan dalam bulan-bulan akan datang.

Sebaliknya, masjid setempat akan menganjurkan korban di Australia, dan kemudian menghantar dagingnya ke Singapura. Ini diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada Isnin (8 Jun).

Masjid akan melantik dan bekerjasama dengan penyedia khidmat yang perlu memastikan pematuhan semua peraturan kawal selia yang ditetapkan Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi mengimport produk daging.

Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga bergaji rendah dalam masyarakat.

Rancangan itu akan membolehkan masyarakat Islam setempat menjalankan ibadah penting ini, kata Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg