PERBARISAN khas bagi memberi pangkat baru kepada kadet yang melengkapkan kursus spesialis sesuatu yang dinanti-nantikan setiap kohort kadet, tetapi Sarjan Ketiga (3SG) Maisarah Abdul Raof perlu berpuas hati dengan upacara yang lebih mudah akibat Covid-19.
3SG Maisarah, 22 tahun, menerima pangkat barunya dalam upacara skala lebih kecil pada Khamis (21 Mei) bagi menandakan tampat kursus 22 minggu di Sekolah Kadet Spesialis, lapor The Straits Times.
Beliau, dan kohort seramai 969 askar menerima bayonet dan anugerah khas di upacara itu.
3SG Maisarah juga dibenar membawa pulang seragam istiadat ke rumah supaya ibu bapanya dapat melekatkan pangkat baru di lengannya, tradisi yang biasanya dilakukan di akhir perbarisan.
3SG Maisarah juga menerima video yang menunjukkan gambar kohort semasa latihan, rakaman daripada perbarisan lulus kohort sebelumnya dan pesanan yang disampaikan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara), Cik Sun Xue Ling, selaku tetamu terhormat upacara itu.
Ini adalah kali pertama perbarisan yang menandakan tamatnya kursus spesialis tidak diadakan.
Dalam pada itu, latihan di SCS diteruskan dengan langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh dua bulan 'pemutus litar'.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg