SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tidak ada rancangan wajibkan vaksin bagi pelawat ke SG

Tidak ada rancangan wajibkan vaksin bagi pelawat ke SG

Mar 2, 2021 | 5:30 AM

Tidak ada rancangan wajibkan vaksin bagi pelawat ke SG

ENCIK ONG: SG akan terus menggunakan ujian dan syarat SHN (Notis Jangan Keluar Rumah) untuk memastikan pelawat tidak membawa masuk virus
ENCIK ONG: SG akan terus menggunakan ujian dan syarat SHN (Notis Jangan Keluar Rumah) untuk memastikan pelawat tidak membawa masuk virus -

SINGAPURA tidak merancang untuk mewajibkan vaksin bagi pelawat yang memasuki Singapura, kata Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, semalam.

"Sepanjang tahun lalu, kami telah membenarkan perjalanan, tanpa memerlukan vaksin sebagai syarat untuk memasuki Singapura. Kami tiada rancangan untuk mengenakan syarat seperti itu, bahawa anda perlu vaksin baru boleh melancong.

"Sebaliknya kami akan terus menggunakan ujian dan syarat SHN (Notis Jangan Keluar Rumah) untuk memastikan pelawat tidak membawa masuk virus dalam masyarakat kita," ujar Encik Ong.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) di Parlimen mengenai vaksin dan syarat perjalanan antarabangsa.

Kata Encik Ong lagi, Singapura sudah mula membangun sistem pensijilan vaksin yang diiktiraf negara lain.

Negara ini sedang mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan beberapa negara untuk pengiktirafan sijil vaksin.

Perbincangan dua hala sedemikian akan mengambil masa, tambah Encik Ong.

Di Singapura, satu sistem pensijilan vaksin digital sudah dilaksanakan.

Sistem itu menggunakan HealthCerts, satu set piawaian bagi mengeluarkan sijil ujian keputusan Covid-19, yang dibangunkan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dan Kementerian Kesihatan (MOH).

Kata Encik Ong lagi, vaksin telah memberi harapan bahawa negara boleh mengurangkan risiko jangkitan, dan secara progresif membuka semula perjalanan udara dengan selamat.

"Bagaimanapun, bagi perkara itu untuk berlaku, lebih banyak data saintifik diperlukan, agar penguasa kesihatan boleh memutuskan sejauh mana vaksin boleh mengurangkan kemungkinan bagi individu untuk menjejas orang lain.

"Sehingga itu, terlalu awal untuk membuat keputusan adakah langkah (kawalan) sempadan boleh dikurangkan," ujar Encik Ong.

Bagi individu yang sudah divaksin, langkah kawalan sempadan juga perlu mengambil kira perbezaan antara pelbagai vaksin yang diterima individu tersebut, kata Encik Ong lagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg