SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tiga lelaki diberkas, ganja dan Ice bernilai $460,000 dirampas CNB

Tiga lelaki diberkas, ganja dan Ice bernilai $460,000 dirampas CNB

May 6, 2021 | 5:30 AM

Tiga lelaki diberkas, ganja dan Ice bernilai $460,000 dirampas CNB

DADAH DIRAMPAS: Ganja dan dadah Ice yang dirampas CNB ditaksir bernilai hampir $460,000 dan cukup untuk 1,520 penagih ganja dan 590 penagih Ice selama seminggu. - Foto CNB
DADAH DIRAMPAS: Ganja dan dadah Ice yang dirampas CNB ditaksir bernilai hampir $460,000 dan cukup untuk 1,520 penagih ganja dan 590 penagih Ice selama seminggu. - Foto CNB -

LEBIH empat kilogram ganja dan Ice dirampas dan tiga lelaki ditangkap dalam beberapa serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, CNB berkata dua lelaki warga Singapura berusia 19 dan 55 tahun dan seorang lelaki rakyat Malaysia, 32 tahun, diberkas hasil serbuan itu.

Dadah yang dirampas itu ditaksir bernilai hampir $460,000, menurut CNB.

Pegawai CNB turut merampas wang tunai berjumlah $7,837 dalam serbuan di beberapa lokasi itu.

Operasi tersebut bermula apabila CNB menahan sebuah kenderaan di kawasan Woodlands Avenue 8 dan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan itu dan pemandunya.

Mereka menemui ganja seberat 1,720 gram dan sejumlah 1,028 gram dadah Ice, atau methamphetamine, yang disembunyikan dalam bungkusan teh cina.

Seorang lelaki berusia 19 tahun ditangkap dalam operasi itu.

Dalam satu serbuan susulan, pegawai CNB menangkap seorang lelaki berusia 55 tahun di Woodlands Industy Park E3, dan ganja berjumlah 1,262 gram serta wang tunai $3,837 dirampas.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di tempat tinggalnya di Bendemeer Road kemudian menemui ganja seberat 218 gram dan wang tunai berjumlah $4,000.

Serbuan itu memberi pegawai CNB petunjuk dan menangkap seorang lelaki warga Malaysia berusia 32 tahun itu di kawasan Woodlands Road.

Siasatan terhadap tiga suspek itu berkait kegiatan melibatkan dadah sedang dijalankan.

CNB berkata jumlah dadah yang dirampas semasa serbuan itu cukup untuk 1,520 penyalah guna ganja dan 590 penyalah guna Ice selama seminggu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg