DRON dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dilarang di kawasan Marina Bay semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, tetapi pihak berkuasa memberi amaran bahawa tindakan juga akan diambil terhadap sesiapa yang ditangkap menerbangkannya di luar zon NDP jika mereka mengganggu acara.

NDP 2018, yang akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay hari ini telah ditetapkan sebagai 'Acara Keselamatan Khas yang Dipertingkat' di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Kawasan sekitar Marina Bay telah dijadikan 'Kawasan Acara Khas', di mana orang awam dilarang memiliki dan menerbangkan UAV.

Namun, memberikan respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyatakan bahawa di bawah undang-undang yang sedia ada, UAV yang diterbangkan di luar kawasan itu yang menjejas acara NDP juga merupakan satu kesalahan.